PROSES PENGENDALIAN
DALAM ISLAM
1.
Takhtit (Perancangan)
Perancangan ialah usaha-usaha mengenalpasti matlamat yang
hendak dicapai dan penetapan cara untuk mencapai matlamat tersebut sesuai
dengan keupayaan yang dimiliki. Satu proses menentukan objektif yang dikehendaki
dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik
dengan mengambil kira faktor-faktor dalam organisasi dan persekitaran luaran
yang akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi untuk mencapai objektif
tersebut.Perancangan takhtit dalam bahasa Arab, adalah elemen yang sangat
penting untuk memenangkan dakwah. Perancangan di dalam dakwah melalui fasa-fasa
yang menuntut kepada strategi dan perancangan. Takhtit mempunyai empat
prinsip perancangan iaitu setiap individu dalam organisasi mempunyai
perancangan, dilaksanakan secara jamaah, bersifat fleksible dan akhirnya sekali
segala keputusan ditentukan oleh Allah S.W.T. Seterusnya, sebelum
melaksanakan sesuatu aktiviti organisasi tersebut perlulah membuat perancangan
terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana setiap perancangan yang
dilakukan adalah untuk menentukan jangkamasa kerja dan kos yang terlibat,
menyediakan target bagi melakukan operasi keseluruhan pengurusan, dan untuk
memastikan keutamaan bagi membolehkan pengawalan mutu kerja, masa operasi
dan pelaksanaan kerja.
2.
Tanzim (Pengorganisasian)
Tanzim didefinikan sebagai satu kewujudan sekumpulan manusia
yang tersusun, mempunyai penyelarasan, kesarasian dan hubungan yang rapat di
antara mereka, mempunyai matlamat-matlamat tertentu dan qiadah yang
melaksanakan urusan pentadbiran dan mengambil berat kepentingan mereka serta
merancang untuk mencapai matlamat-matlamat mereka. Maksud Tanzim dari
segi bahasa ialah mengumpulkan sesuatu serta menyusun dan menyelaraskannya.
Dari segi istilah pula Tanzim beerti kewujudan sekumpulan manusia yang
tersusun, mempunyai penyelarasan, keserasian dan hubungan yang rapat di antara
mereka, mempunyai matlamat-matlamat tertentu dan qiadah yang melaksanakan
urusan pentadbiran dan mengambil berat kepentingan mereka serta merancang untuk
mencapai matlamat-matlamat mereka. Pengurusan tanzim mempunyai asasnya
yang tersendiri antaranya ialah menentukan dan menjelaskan misi organisasi
kepada anggota dan bukan anggota agar sesuatu rancangan dapat difahami oleh
semua anggota dan perancangan dapat berjalan dengan baik. Asas pengurusan
tanzim yang kedua ialah sentiasa menganalisa kekuatan dan kekurangan dalaman
organisasi. Konteks ini membawa maksud sesebuah organisasi perlulah
membuat perancangan yang mampu dicapai bukannya diluar kemampuan organisasi
tersebut. Seterusnya, asas yang ketiga ialah menilai setiap peluang dan
ancaman luaran organisasi. Sebelum membuat sesuatu rancangan, sesebuah
organisasi perlulah terlebih dahulu mengenali siapa saingannya. Asas yang
keempat ialah menjelaskan objektif yang hendak dicapai. Objektif
perancangan hendaklah jelas bagi memudahkan setiap anggota didalam organisasi
untuk melaksanakna tugas mereka dengan sistematik untuk memastikan perancangan
tersebut berjaya dicapai. Asas pengurusan tanzim yang terakhir ialah
membentuk strategik dan pelan tindakan.
3.
Qiyadah ( Kepimpinan )
Qiyadah bermaksud kepimpinan. Dari segi bahasa Qiyadah
bermaksud menyelia atau mengawasi. Qiadah dari segi istilah pula adalah
melaksanakan tugas yang dikhususkan kepadanya dan menyelia serta mengawasi
orang lain yang di bawahnya.Penyeliaan dalam bahasa Arab dipanggil
Al-Taujih.Kepimpinan melibatkan keupayaan seseorang mentadbir atau mengurus
setiap peringkat pengurusan untuk mendorong, mempengaruhi, membawa dan
menggunakan setiap sumber organisasi supaya saling berperanan atau
masing-masing berfungsi untuk mencapai objektif yang telah ditentukan.
Dalam hal ini, Qiyadah dikaitkan dengan merangsang pekerja bahawan untuk
berperanan supaya matlamat dapat dicapai. Selain itu, menentukan visi dan
hala tuju organisasi dipatuhi. Seterusnya, menjadi penghubung atau
juruacara sesebuah organisasi.
4.
Wiqayah (Pengawasan/Pengawalan)
Dari segi bahasa Wiqayah bermaksud pengawasan dan
pengawalan. Pengawasan dan pengawalan amat penting kerana ia merupakan
asas dalam menentukan matlamat organisasi tercapai atau tidak. Pengawasan
dalam bahasa Arab ialah raqabah dan muraqabah.Memastikan semua aspek pengurusan
saperti perancangan, penyusunan, kepimpinan, membuat keputusan, dan pelaksanaan
keputusan berjalan mengikut apa perancangan yang ditetapkan. Ia juga
sebagai alat yang mengukur kelicinan perjalanan sesuatu program dan mewujudkan
langkah-langkah perlu untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul.
Seperti yang kita tahu, apabila kita menubuhkan sesebuah organisasi, masalah
memang tidak dapat dielakkan kerana hal ini memang sentiasa menjadi kebiasaan
bagi sesebuah organisasi.
http://teammates77.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment