Search This Blog

Tuesday, 2 August 2016

Konsep Pengurusan Islam

KONSEP PENGURUSAN ISLAM

DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN

PENGENALAN
Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara umumnya, konsep pengurusan yang menjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu :

a. Konsep Pengurusan Islam
b. Konsep Pengurusan Barat

Konsep Pengurusan Islam
Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja

Definisi Pengurusan Islam
Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :

a) Ahmad Ibrahim Abu Sin
Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.

b) Profesor Syed Othman Alhabshi
Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

c) Muhammad A. Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.

Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam
Di antara matlamat dan objektif pengurusan Islam ialah :-

a) Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.
b) Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang diredhai.
c) Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.
d) Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.
e) Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.


Prinsip-prinsip Pengurusan Islam
Tiga prinsip pengurusan Islam yang penting ialah:-

Demokrasi , Syura , Delegasi

Demokrasi
Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak. Namun demikian Islam menekankan kewajipan tentang memelihara hak masyarakat. Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak dengan mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan adil dalam pengurusan. Umat Islam mesti menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti bohong, mungkir janji, mengampu dan sebagainya.

Syura
Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan bersama. Prinsip ini akan memperkukuhkan lagi demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam diri individu.

Delegasi
Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di dalam memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dan membuat keputusan dengan amanah tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih disandang oleh pihak pengurusan.

Ciri-ciri Pengurusan Islam

Ciri-ciri Umum :-

a) Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak.

b) Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan.

c) Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati hakikat kemanusiaan sebagai insane yang terlibat dengan pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.

d) Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan undang-ndang rasmi serta carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.


  1. Konsep Pengurusan Barat

Persoalan awal yang perlu kita timbulkan di sini ialah, bagaimana pengurusan barat lahir ? Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana ia bergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan.Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari aspek definisi, Sistem dan ciri-ciri nya.

Definisi Pengurusan Barat
Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah :

a)      Hilgert dan Leonard : Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.

b)      Boone dan Kurtz : Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.

c)       Gitman dan McDaniel : Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut.
  
d)      Wagner dan Hollenback : Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan organisasi.


2.        Sistem Pengurusan Barat
 Salah satu sistem pengurusan yang berkesan di barat ialah menggunakan konsep Management By Walking Around (MBWA) yang merangkumi :-

a)      Galakan interaksi di antara peringkat atasan dengan pekerja bawahan dalam pengurusan dengan tujuan untuk melahirkan sikap kerjasamma dan kesungguhan pekerja serta meningkatkan produktiviti organisasi.
b)      Menyampaikan maklumat dan mewujudkan komunikasi yang jelas antara pihak pengurusan atasan dengan pekerja.
c)       Membuat keputusan dalam hal keusahawanan, menyelesaikan masalah, agihan sumber manusia dan sumber alam dan sebagai perunding.
3.       Ciri-ciri Pengurusan Barat
 Pakar-pakar pengurusan barat telah menyenaraikan ciri-ciri pengurusan yang dinamis seperti berikut :-

a)      Ramalan
Pihak pengurusan dapat membuat ramalan sesuatu hal yang akan datang untuk kemajuan organisasi dan membuat persediaan serta jangkaan sebab dan akibatnya.

b)      Pengorganisasian
Pihak pengurusan memperkukuhkan organisasi dengan menyusun struktur, agihan, penyerahan kuasa dan mengeratkan hubungan kemanusian antara pihak pengurusan dengan pekerja.

c)       Pimpinan
Pihak pengurusan membuat keputusan, menghadkan perhubungan, meningkatkan motivasi, pemilihan, penempatan tenaga kerja dan pembangunan atau latihan serta penambahan tenaga kerja.

d)      Pengawalan
Untuk menjaga perkihdmatan cemerlang dan pengurusan berkualiti, pihak pengurusan sentiasa mengadakan kawalan mutu perkhidmatan dan pengeluaran. Penilian dan pengukuran dilakukan dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kelemahan dan mencadangkan pembaikan.

e)      Perancangan Bertindak
Pihak pengurusan membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai matlamat organisasi secara sistematik dari segi teori dan amali.

No comments:

Post a Comment