Search This Blog

Tuesday, 2 August 2016

Objektif

OBJEKTIF PENGURUSAN DALAM ISLAM


Melaksanakan undang-undang Islam dalam semua bidang kehidupan. Agama selalunya ditafsirkan sebagai sistem kepercayaan dan ibadah. Namun, Islam diertikan sebagai suatu sistem kehidupan yang mencukupi semua bidang seperti falsafah, undang-undang, ekonomi dan sosial. Seseorang yang telah terpesong jalannya hendaklah kembali ke pangkal jalan.

Memakmurkan bumi Allah S.W.T.  Kita sebagai manusia hanyalah menumpang sahaja di bumi ciptaan Allah ini sepatutnya bersyukur akan nikmat ini.  Salah satu cara kita mensyukuri bumi Allah ini ialah dengan menjaganya dengan aman.  Elak berlakunya pertumpahan dari sesama manusia.  Kita juga digalakkan menggali isi alam ini dan meneroka hasil-hasil bumi agar dapat dijadikan manfaat sesama kita.

Melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah S.W.T dengan mengurus secara adil dan saksama.  Firman Allah yang bermaksud:  Allah menjadikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan mengantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).  Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku dan (ingatlah) sesiapa yang kufur dan ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka.  Seiring dengan itu, pengurusan pentadbiran yang adil oleh Rasulullah dan Khulafa ar-Rasyidin menyebabkan kawasan di bawah pimpinan mereka berada dalam keadaan makmur dan sejahtera.


No comments:

Post a Comment